Colourful tag atas nih saya buat untuk cikgu adik. Sebagai penghargaan sebab dia dah nak habis sekolah. Nak bagi cikgu-cikgu. Tulisan thank you tuh guna stamp je.
Kad ucapan perkahwinan yang simple sahaja. Begitu juga dengan bahagian dalamnya, wording atau ucapan menggunakan stamp sahaja. Hiasan berbentuk daun sebagai penyeri.
Hiasan di bahagian dalam kad yang sangat simple dan comel. Wording atau wish menggunakan stamp aje dan sedikit hiasan bergambar burung di atas dahan sebagai penyeri kad. Hiasan yang sesuai untuk apa-apa sahaja kad.
Bahagian dalam kad dihias dengan popup yan mengandungi huruf-huruf dan dihias dengan bunga-bunga kecil. Sangat sesuai untuk dijadikan sebagai kad birthday.
Frame yang ini simple sahaja iaitu menggunakan hiasan bunga-bunga dari felt dan ribbon. Kemudian wording menggunakan stamp. Perkataan atau wording tuh bleh ditukar. Sesuai dijadikan hadiah for any occasion.
Frame ini jugak menggunakan gabungan teknik quilling dengan kraf felt. Rama-rama daripada teknik quilling dan bunga dari felt sebagai hiasan penambah seri.
Wedding frame ini menggunakan gabungan teknik quilling dan jugak kraf felt. Frame yang dihias dengan teknik quilling dan jugak ada pasangan pengantin daripada felt.
Mini card kat atas nih sesuai untuk dijadikan kad ucapan bagi hadiah perkahwinan or apa-apa sahaja. Saiznya comel je. Hiasan pun agak simple je, tak bleh terlalu sarat.
Kad raya gambar ketupat dari teknik quilling. Kad yang simple je dengan belah dalamnya kosong, situ bleh tulis apa-apa sahaja ucapan untuk si penerima.
Siap jugak akhirnya blog ini. MZ Cards akan menempatkan semua hasil quilling saya sama ada dari bookmark, kad atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengan kad dan juga quilling.